Kekurangan Vitamin C


Kekurangan Vitamin C (asid askorbik) selalunya dikaitkan sebagai penyebab skurvi (scurvy), iaitu masalah kesihatan yang berhubung-kait dengan penyakit anemia (kekurangan darah), penyakit kulit (skin hemorrhages) dan radang gusi atau gusi bengkak (gingivitis). Jumlah Vitamin C yang tidak mencukupi boleh membantutkan pertumbuhan tubuh badan termasuk tulang dan gigi dan menyebabkan kerosakan pada tisu-tisu badan termasuk kolagen. Kolagen amat penting untuk kesihatan tisu penghubung and menyembuhkan luka. Yang lebih ketara ialah kekurangan Vitamin C akan melemahkan sistem imun badan dan akibatnya badan anda akan mudah dijangkiti kuman-kuman.
Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Gingivitis
Pastikan anda mendapat bekalan Vitamin C yang mencukupi darpada pemakanan anda, terutamanya daripada sayur-sayuran and buah-buahan segar yang banyak mengandungi Vitamin C seperti cili, brokoli, kobis, buah-buah beri, limau dan sebagainya. The US National Academies of Sciences telah menggariskan sukatan harian pengambilan Vitamin C (dietary reference intakes or DRI) yang berdasarkan kepada jumlah keperluan nutrisi harian bagi individu yang sihat. Keperluan harian Vitamin C ini akan berlainan sekiranya anda ada masalah-masalah kesihatan, oleh itu anda dinasihatkan untuk mendapat nasihat lanjut daripada pakar-pakar nutrisi.
Berikut adalah sukatan jumlah keperluan harian Vitamin C untuk lelaki dan perempuan:


Individu-individu yang tidak mendapat bekalan Vitamin C yang mencukupi (contohnya 75 hingga 90 mg untuk lelaki dewasa yang sihat atau 15 hingga 45 mg untuk kanak-kanak) akan terdedah kepada masalah-masalah kesihatan seperti berikut:
-          Gusi bengkak atau berdarah
-          Mudah luka
-          Luka lambat sembuh
-          Hidung berdarah
-          Mudah letih
-          Sistem imun lemah
-          Kulit kering dan kasar
-          Rambut kering dan hujung rambut terbelah
Vitamin C sangat larut dalam air, jadi ia tidak disimpan dalam badan dan perlu diganti tiap-tiap hari. Pemakanan yang tidak sihat seperti pengambilan makanan-makanan yang sudah diproses atau jumlah sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak mencukupi tidak membekalkan Vitamin C yang secukupnya untuk menggantikan Vitamin C yang telah hilang. Kekurangan Vitamin C yang berterusan dalam badan akan menyebabkan masalah-masalah kesihatan seperti yang disebutkan di atas.

Jenis-jenis Vitamin C

Tahukah anda bahawa tidak semua Vitamin C adalah sama. Supplemen Vitamin C, umpamanya, selalunya diambil dari sumber yang lain dari buah-buahan dan sayur-sayuran supaya harganya tidak terlalu mahal. Suplemen Vitamin C juga mengandungi bahan-bahan lain seperti warna dan perasa tiruan bagi menjadikannya lebih menarik dan sedap dimakan. Sesetengah suplemen juga mengandungi bahan tambahan lain bagi menjadikannya lebih bioavailable iaitu mudah diserap dalam usus.
Vitamin C dalam buah-buahan dan sayur-sayuran itu sendiri sedikit sebanyak berbeza antara satu sama lain. Pada dasarnya, semua Vitamin C dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran adalah dalam bentuk asid askorbik. Yang membezakannya ialah bahan antioksidan yang dipanggil flavanoid. Sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kaya dengan flavanoid manakala sesetengah yang lain tidak mengandungi atau mengandungi sedikit sahaja bahan flavanoid. Kesimpulannya, Vitamin C yang bersifat antioksidan adalah lebih baik daripada yang bukan bersifat antioksidan.

Sumber Semulajadi Vitamin C

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber semulajadi Vitamin C dalam kuantiti yang berlainan. Untuk mendapat Vitamin C yang secukupnya, buah-buahan dan sayur-sayuran ini elok diambil dalam bentuknya yang asal iaitu tanpa terlebih dahulu dimasak atau diproses. Proses masakan seperti goreng, tumis dan rebus akan melupuskan Vitamin C. Jika makanan ini perlu dimasak, proses masakan yang dianjurkan bagi mengurangkan kehilangan Vitamin C ialah dengan cara kukus yang tidak terlalu lama.
Jus buah-buahan yang dihasilkan daripada buah-buahan yang segar juga tidak elok disimpan lebih daripada 2 hari walaupun disimpan dalam peti ais untuk mengekalkan kandungan Vitamin C. Begitu juga buah-buahan yang telah dipotong tidak elok dibasuh dengan air kerana proses ini juga akan menghilangkan Vitamin C.
Sesetengah jenis daging, ayam dan makanan-makanan laut juga ada mengandungi Vitamin C tetapi kebanyakan kandungan Vitamin C akan termusnah apabila makanan-makanan ini dimasak kecuali kalau dikukus.
Anda juga tidak digalakkan mengambil suplemen Vitamin C sekiranya buah-buahan dan sayur-sayuran mudah diperolehi. Di samping membekalkan Vitamin C, buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar juga membekalkan vitamin-vitamin lain dan serat untuk badan anda.

Sebab-sebab Lain Kenapa Vitamin C Sangat Penting

-   Vitamin C bertindak sebagai antioksidan, membantu kolagen merangsang imuniti.
-   Vitamin C membantu penyerapan zat besi, oleh itu digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi bersama makanan yang juga kaya dengan Vitamin C, contohnya bayam dengan oren.Menurut kenyataan WHO, 30% daripada penduduk dunia menghadapi masalah kekurangan zat besi.
-  Pengambilan berterusan makanan-makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh membantu mencegah kanser, strok, hipertensi, katarak dan sakit jantung.

Baobab Sebagai Raja Vitamin C

Buah Baobab, yang banyak didapati di negara-negara Afrika seperti di Sudan, Senegal dan Malawi, mengandungi Vitamin C yang tinggi mengatasi buah-buahan lain. Contohnya, kandungan Vitamin C dalam Baobab adalah 6 kali ganda berbanding oren (berdasarkan berat serbuk). Tiap-tiap 100g serbuk Baobab mengandungi antara 220mg sehingga 270mg Vitamin C. Ini bermakna dengan hanya mengambil 10g Baobab pada sebelah pagi dan 10g di sebelah malam, anda akan mendapat separuh daripada jumlah harian Vitamin C yang diperlukan oleh badan anda.
Yang lebih penting, Vitamin C dalam Baobab juga bertindak sebagai antioksidan yang amat diperlukan oleh badan bagi menghalang pengaruh radikal bebas. Di samping itu, Baobab juga kaya dengan serat larut, zat besi, kalsium, Vitamin B kompleks dan mineral-mineral penting.
Buah Baobab boleh disimpan sehingga 2-3 tahun. Serbuk Baobab juga boleh tahan lama tanpa sebarang bahan pengawet jika ia dibungkus dalam bekas yang kedap udara seperti dalam beg aluminium foil yang agak tebal.


Radikal Bebas dan Antioksidan

Radikal Bebas

Ramai orang tidak tahu apa itu radikal bebas (f
ree radicals), apatah lagi mengetahui tentang bahayanya radikal bebas ini. Ramai yang lebih bimbang tentang toksin, asid urik, kolesterol jahat, lemak (tryglycerides) dan sebagainya seperti yang selalu ditunjukkan dalam ujian-ujian darah, tetapi amat sedikit yang bimbang tentang bahayanya radikal bebas. Ini adalah kerana radikal bebas tidak dapat ditunjukkan melalui ujian darah atau ujian-ujian lain di klinik atau hospital. Kewujudan radikal bebas hanya diketahui apabila seseorang itu mengalami efek-efeknya seperti
kanser, diabetis, penyakit jantung, sakit sendi, kerosakan fungsi otak dan proses penuaan yang cepat seperti kulit berkedut, uban, lupa dan letih yang kronik.

Jadi terlalu besar pengaruh negatif radikal bebas terhadap organ tubuh badan. Radikal bebas tidak ubah macam kuman – ia masuk ke dalam badan manusia tanpa disedari oleh sesiapapun kecuali setelah mendapat sakit. Pendekata, kesan radikal bebas ini hanya diketahui apabila timbulnya penyakit seperti yang diterangkan di atas.

Asap Rokok Sumber Radikal Bebas
Mereka yang duduk di bandar-bandar besar adalah terdedah kepada radikal bebas. Ini adalah kerana radikal bebas boleh diperolehi secara langsung melalui pencemaran udara dan air, radiasi ultra violet, stres, rokok atau asap rokok dan pemakanan yang tidak sihat dan berlemak. Manakala mereka yang duduk di kampung atau jauh di pedalaman atau di gunung-gunung kurang terdedah kepada radikal bebas kerana udara dan air yang lebih bersih dan suasana yang lebih aman damai tanpa hiruk pikuk. Contoh yang paling ketara ialah mereka yang duduk di banjaran Himalaya mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan tenaga yang lebih walaupun sudah mencecah usia dua kali ganda dari mereka yang duduk di bandar-bandar.

Radikal bebas juga boleh dikeluarkan oleh tubuh manusia sendiri sebagai hasil sampingan daripada proses metabolisma atau ketika badan terkena jangkitan kuman. 

Bagaimana radikal bebas boleh mendatangkan penyakit atau mempercepatkan proses penuaan? Dalam istilah sains, radikal bebas adalah molekul yang kehilangan elektron, sehingga molekul tersebut menjadi tidak stabil dan akan berusaha mengambil elektron dari molekul-molekul atau sel-sel lain. Bila radikal bebas ini wujud terlalu banyak dalam tubuh manusia, terutama yang datang dari punca-punca luaran tadi, ini akan menyebabkan kerosakan banyak sel-sel sihat dalam tubuh manusia dan akhirnya boleh menyebabkan kematian sel-sel tersebut. Bila terlalu banyak sel-sel tubuh yang mati, maka timbullah pelbagai penyakit dan proses penuaan akan berlaku dengan cepat seperti rambut beruban atau keguguran dan kulit berkedut.

Penyakit kanser, contohnya, adalah disebabkan oleh perubahan struktur DNA yang berlarutan yang disebabkan oleh kewujudan radikal bebas yang berlebihan dan berlarutan dalam jangka waktu yang panjang. Penyakit ini hanya disedari setelah keadaannya sangat kronik atau parah.

Begitulah bahayanya pengaruh atau efek radikal bebas jika tidak dibendung dari awal di mana ianya boleh bertindak sebagai pembunuh senyap.

Apakah pengaruh radikal bebas boleh dihalang?

Pengaruh radikal bebas boleh dikurangkan dengan tiga (3) cara:

Pertama – hijrah (migrate)

Berpindah ke tempat udara yang bersih yang jauh dari sebarang pencemaran udara atau air akan mengurangkan kewujudan radikal bebas dalam tubuh kita. Kewujudan radikal bebas yang sedikit boleh dibendung oleh tubuh kita sendiri.

Kedua – ubah cara hidup (lifestyle change)

Mengurangkan kewujudan radikal bebas dengan cara mengubah cara hidup seperti berhenti merokok, berhenti mengambil makanan-makanan segera atau yang berlemak dan berminyak, jauhkan diri dari stres seperti bersukan dengan kawan-kawan, memilih kerja yang sesuai, beriadah dan sebagainya.

Ketiga – pencegahan (prevention)

Sekiranya langkah pertama dan kedua itu sukar untuk dilakukan, maka kita tidak ada cara melainkan dengan cara pencegahan. Pencegahan di sini tidak bermaksud mengambil ubat tetapi sekadar mengubah sedikit cara pemakanan iaitu dengan menambahkan makanan yang mengandungi tinggi antioksidan.

Bagaimana Antioksidan Membantu?

Antioksidan Meneutralkan Radikal Bebas
Antioksidan bertindak melengkapi kekurangan elektron yang dialami oleh radikal bebas. Sewaktu proses metabolisma, oksigen digunakan untuk menyediakan bahan bakar sel. Dalam proses ini, beberapa dari molekul oksigen kehilangan salah satu elektron. Antioksidan bertindak mencegah serta memperlambatkan proses oksidasi dan seterusnya memperbaiki sel tubuh yang mengalami kerosakan disebabkan oleh radikal bebas.

Menurut seorang penyelidik kanan di Bahagian Tumbuhan Ubatan di Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM), Dr. Mohamed Ilham Adenan, pengambilan harian makanan yang mengandungi antioksidan boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik dan melambatkan proses penuaan. Antioksidan bertindak melawan dan meneutralkan bahan toksik dalam badan yang dinamakan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan oksidan kepada protein, enzim, DNA, RNA, asid tidak tepu dan sel membran yang akhirnya menjadi punca kepada pelbagai penyakit-penyakit kronik kanser, diabetis, penyakit jantung, sakit sendi, kerosakan fungsi otak, lupa dan letih yang kronik dan sebagainya.

Bagi memerangi radikal bebas, sistem badan kita sendiri menghasilkan enzim antioksidan asli dan menyerap vitamin A, C dan E untuk membersihkan atau menghapuskan lebihan radikal bebas tetapi jumlahnya sering tidak mencukupi terutamanya bila tubuh kita sentiasa terdedah kepada pencemaran yang berterusan. Begitu juga, penghasilan enzim antioksidan asli ini akan berkurangan apabila usia semakin meningkat dan fungsi penyerapan usus berkurangan.

Oleh itu, pengambilan makanan yang banyak mengandungi antioksidan adalah penting, terutama bagi mereka yang sudah meningkat usia. Terdapat banyak makanan-makanan yang mengandungi antioksidan terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta ulam-ulam kampung. Daun bawang, bawang putih, bawang merah, cili, gandum, jagung, labu, daging merah, kunyit, kulit kayu manis dan kekakacang juga mengandungi antioksidan dalam jumlah yang tertentu.

Persoalannya, mengapa masih ramai yang mendapat penyakit-penyakit kronik seperti kanser, sakit buah pinggang dan kencing manis walaupun makanan-makanan di atas sudah menjadi makanan harian mereka? Jawapannya ialah samada 
  • jumlah antioksidan yang diperolehi tidak mencukupi untuk melawan pengaruh radikal bebas, atau,
  • tubuh mereka terdedah kepada radikal bebas yang berlebihan dan berterusan sehingga tidak mampu dibendung oleh antioksidan yang diperolehi dari makanan-makanan atau yang dikeluarkan oleh badan mereka sendiri.



Masalah ini boleh di atasi dengan pengambilan makanan-makanan yang mengandungi antioksidan yang tinggi dan berkualiti secara konsisten. Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran tidak mengandungi jumlah antioksidan yang tinggi. Lebih teruk lagi kalau buah-buahan dan sayur-sayuran ini tidak diambil dalam bentuk yang segar. Majoriti antioksidan akan hilang apabila buah-buahan dan sayur-sayuran ini diproses.

Tahukah anda bahawa rempah ratus mengandungi antioksidan yang sangat tinggi? Kandungan antioksidan dalam cengkih, kayu manis, kunyit, jintan, halia, lada hitam, serbuk kari dan serbuk cili adalah jauh lebih tinggi daripada buah-buahan yang terkenal dengan kandungan antioksidannya seperti buah delima, acai, strawberi, beri biru, anggur, goji, manggis dan kiwi. Cuma masalahnya, kita tidak mampu untuk mengambil rempah ratus ini dalam bentuk yang asal seperti halnya dengan buah-buahan segar melainkan melalui masakan sahaja yang mungkin akan mengurangkan kandungan antioksidannya.

Baobab Adalah Raja Antioksidan

Buah Baobab
Antioksidan diukur dalam unit nilai ORAC iaitu μ mol TE/100g (micromoles Trolox Equivalents per 100gm sample). Tiap-tiap 100gm Baobab mengandungi 140,000 μ mol TE/100g. Jumlah ini melebihi 40% jumlah antioksidan dalam Acai dan hampir 6 kali ganda dari jumlah antioksidan dalam Goji. Manakala buah-buah beri seperti strawberi, raspberry dan blueberry mengandungi antioksidan kurang dari 10,000 μ mol TE/100g. Jadi kandungan antioksidan dalam Baobab adalah jauh lebih tinggi daripada buah-buah superfruit yang lain.

Ikuti artikel Baobab Sebagai Superfood untuk keterangan lanjut mengenai raja antioksidan ini.

Baobab Sebagai Superfood


Kandungan antioksidan dalam buah Baobab yang kering, dikira dalam unit ORAC, ialah 140,000 μ mol TE/100g*. ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) merujuk kepada ujian makmal bagi menentukan “Jumlah Kapasiti Antioksidan (Total Antioxidant Capacity, TAC)” dalam sesuatu makanan dengan meletakkan makanan tersebut ke dalam balang uji bersama molekul-molekul yang boleh menghasilkan aktiviti radikal bebas atau molekul-molekul lain yang boleh terdedah kepada proses pengoksidanan.
*Sumber ORAC [Research Support, Non-U.S. Gov't: Brunswick Laboratories Test Report on Behalf of Baobab Foods Oct 2011]
Untuk mengetahui samada kandungan antioksidan dalam Baobab ini tinggi atau tidak, mari kita bandingkan Baobab dengan buah-buahan lain yang sudah terkenal dengan kandungan antioksidannya.


Daripada graf di atas, terbukti Baobab mengatasi semua buah-buahan lain (yang sudah lama digelar sebagai superfruit) dari segi kandungan antioksidan.
Oleh sebab itu, National Geographic telah memberi nama jolokan kepada Baobab sebagai “Pokok Vitamin”.
Walaupun Baobab telah lama digunakan di Afrika sebagai sumber makanan yang berkhasiat dan boleh membantu merawat beberapa penyakit, namun ia hanya dikenali di Eropah dalam 10 tahun yang lalu apabila Kesatuan Eropah meluluskan Baobab untuk digunakan dalam makanan dan minuman pada tahun 2008, diikuti oleh USFDA pada tahun 2009.
So apa yang menyebabkan Baobab dinobatkan sebagai superfood? Pertamanya, sebagaimana yang diterangkan di atas, ia padat dengan kandungan antioksidan. Di samping itu, ia juga padat dengan Vitamin C (6x berbanding oren), Vitamin B kompleks, Kalsium (2x berbanding susu) dan mineral-mineral lain seperti zat besi, fosforus, potasium, magnesium dan polyphenol (kumpulan antioksidan).
Pokok Baobab
Banyak nama jolokan diberikan kepada pokok Baobab ini, seperti “monkey bread tree”, “upside down tree”, cream of tartar tree” dan “dead rate tree”. Apa-apapun nama yang diberikan kepada spesis pokok Adansonia Digitata ini, ia sudah menjadi pokok ikon yang biasa dijumpai di Sabana Afrika. Ia boleh tumbuh sehingga mencecah 82 kaki tinggi dan 32 kaki ukurlilit dan boleh hidup sehingga 1,500 tahun lamanya!
Manakala buah Baobab pula berukuran antara 6 hingga 8 inci panjang. Macamana hendak makan buah Baobab ini? Baobab dijual dalam bentuk serbuk. Serbuk Baobab dihasilkan daripada buah Baobab yang kering di pokok. Tiap-tiap buah Baobab boleh menghasilkan antara 100-200 gram serbuk yang sudah disaring.
Buah Baobab mempunyai rasa masam (tangy flavour) yang unik. Ia boleh diminum begitu sahaja atau boleh dicampurkan dengan madu, jus kurma atau delima untuk menjadikannya lebih sedap. Ia juga boleh dijadikan sebagai serbuk asam (seperti serbuk asamboi) untuk buah-buahan seperti jambu batu, mangga, epal, nenas dan sebagainya. Yang terbaiknya, serbuk Baobab adalah organik tanpa sebarang bahan campuran lain dan diproses terus dari buah yang asal tanpa proses pengeringan dan sebagainya. Tapi yang penting sekali, serbuk Baobab adalah 100% semulajadi dan mengandungi antioksidan yang tinggi mengatasi buah acai, delima dan sebagainya.


Apa Itu Superfood



Superfood merujuk kepada jenis-jenis makanan atau tumbuhan yang mengandungi khasiat nutrien yang tinggi yang memberi faedah kesihatan kepada manusia. Sesetengah daripada makanan-makanan ini juga mempunyai bahan-bahan antioksida dan antibakteria untuk menjana kesihatan yang menyeluruh. Antara makanan-makanan yang dikelaskan dalam kategori superfood adalah seperti berikut:

  • Buah-buahan beri (blueberry, resberry dll), buah delima, kurma, koko, mangga, manggis, betik, pisang dan banyak lagi.
  • Tumbuh-tumbuhan herba seperti halia, bawang putih, bawang merah, kunyit, ginseng, tongkat ali, lidah buaya, serai, pandan dan banyak lagi.
  • Sayur-sayuran seperti spirulina, asparagus, chlorella, rumpai laut (sea weed) dan  klorofil.
  • Makanan-makanan yang mengandungi Omega-3 sama ada dari tumbuhan seperti flax seed atau bijan, atau haiwan seperti ikan salmon dan ikan keli.
  • Rempah-ratus seperti jintan, kulit kayu manis, daun kari, daun selasih atau basil, Lada hitam dan sebagainya.
  • Produk dari haiwan seperti madu lebah.
  • Daging yang kaya dengan protein seperti ayam, ayam turkey , daging lembu dan sebagainya.

Tonia Reinhard, seorang pakar nutrisi/pemakanan dan penulis dari Superfoods, dan Joel Fuhrman, M.D., penulis dari Super Immunity menyenaraikan kelebihan makanan-makanan superfood seperti berikut:

  • Ikan berminyak seperti salmon, tuna dan trout itu banyak mengandungi selenium dan omega-3 (jenis lemak baik yang mengurangi keradangan, melancarkan saluran pernafasan, dan melindungi paru-paru dengan cara meningkatkan aktiviti dari sel-sel darah putih yang memakan bakteria). Ikan-ikan berminyak ini memberi efek-efek imun yang ampuh dan penting untuk membina ketahanan sistem pertahanan badan.
  • Bawang mengandungi pelbagai antioksidan flavonoid misalnya quercetin, allicin dan anthocyanins, yang memiliki efek-efek anti-keradangan yang memerangi jangkitan dan bakteria.
  • Cendawan jika diambil secara rutin akan merangsang imuniti dengan cara meningkatkan produksi dan aktiviti dari sel-sel darah putih, yang membantu memerangi infeksi atau jangkitan.
  • Yogurt, terutama yogurt dari Greek, mengandung probiotik, iaitu bakteria baik yang memerangi populasi pathogen.
  • Telur mengandungi protein yang berkualiti tinggi.
  • Kacang hijau adalah sumber karbohidrat yang mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk meningkatkan produksi sel-sel darah putih bagi memerangi infeksi atau jangkitan.
  • Sayuran hijau banyak mengandungi vitamin yang melindungi saluran darah, mengurangi keradangan dan meneutralkan oxidative stress.
  • Buah-buah beri itu rendah dalam gula dan tinggi dalam gizi serta antioksidan yang baik untuk mengurangi keradangan, mencegah kerosakan DNA, melawan tumor angiogenesis dan merangsang enzim-enzim antioksidan dalam tubuh.
  • Kekacang mengandungi lemak sihat yang tinggi dan juga kaya dengan protein dan mineral seperti zinc, selenium dan magnesium yang baik untuk membantu memerangi infeksi atau jangkitan.

Ada banyak lagi jenis makanan atau tumbuhan yang boleh dianggap sebagai superfood. Semoga kita dapat menjadikan makanan atau tumbuhan ini sebagai sebahagian besar dari pemakanan seharian kita dan insyaallah kita akan dijauhkan dari penyakit dengan izinNya.

Makanan yang disebut dalam Al-Qur'an


Kitab suci Al Qur'an juga ada menyebut beberapa jenis makanan atau minuman samada dari sumber tumbuhan atau haiwan. Ini menunjukkan bahawa makanan-makanan ini mendatangkan banyak kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat. Mari kita rungkaikan kebaikan-kebaikan makanan yang disebut dalam Al Qur'an ini.

1. Kurma

Antara khasiat buah kurma:

  • Kaya dengan zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi dan serat yang tinggi. Menurut
    kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, "Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah." 
  • Mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. 
  • Mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah.
  • Mengandungi sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia. Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; "Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan".  Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains.
  • Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak. Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan. Nabi bersabda, maksudnya: "Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun." (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)


2. Madu

Antara khasiat madu:

  • Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
  • Memulihkan sel-sel urat besar.
  • Merangsang tenaga batin.
  • Membersihkan lapisan darah, memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
  • Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
  • Menghilangkan rasa kebas-kebas 
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi.


3. Buah Zaitun

Antara khasiat buah zaitun:

  • Bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi
    penawar racun, baik untuk pesakit gastrik dan buah pinggang.
  • Boleh digunakan sebagai sapuan luaran untuk melicin dan melembutkan kulit dan merawat ekzema dan psoriasis.
  • Mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” untuk merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah.
  • Boleh melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative’ dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
  • Kaya dengan bahan ‘phenol’ yang bertindak sebagai bahan antioksidan untuk mencegah proses keradangan dan pembekuan darah, oleh itu minyak zaitun boleh mencegah penyakit jantung.
  • Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, ” Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati”.


4. Buah Delima

Antara khasiat buah delima:

  • Membantu merawat sebarang masalah kulit disebabkan terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari seperti bintik-bintik penuaan, bintik-bintik hitam, garis muka dan kedut.
  • Menghasilkan elastin dan kolagen tambahan yang boleh mengembalikan keanjalan kulit lantas melembutkan kulit dan wajah.
  • Merawat kulit yang berminyak dan berjerawat dengan menyapukan perahan buah delima pada permukaan kulit yang terjejas.
  • Pengambilan buah delima yang berterusan boleh mengelakkan masalah keguguran rambut, lantas memberikan anda rambut yang sihat.
  • Mengandungi kadar antioksidan yang tinggi seperti hydrolysable tannis dan polyphenols yang boleh mengurangkan kesan radikal bebas dalam badan.
  • Membantu membuang atau mengelak pembentukan plak pada saluran darah dan membuatkan arteri lebih fleksibel lantas mengurangkan risiko artherosclerosis, iaitu punca utama masalah jantung.
  • Boleh mengurangkan tahap kolesterol buruk (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL) bagi meningkatkan tahap kesihatan jantung dan mengurangkan risiko masalah kardiovaskular (jantung).
  • Membantu sistem badan mengeluarkan enzim dengan sifat anti-bakteria yang membantu proses penghadaman dan melawan infeksi atau jangkitan.
  • Mempunyai kadar zat besi yang tinggi yang boleh meningkatkan kandungan hemoglobin dalam darah, lantas menyembuhkan penyakit anemia.
  • Mengandungi Vitamin C yang mana merupakan satu bahan anti-inflamasi untuk mengawal dan mengurangkan penyakit asma, sakit tekat, batuk dan bersin.
  • Mengandungi fruktos yang tidak meningkatkan kadar gula dalam darah sepertimana buah-buahan lain. 
  • Pemakanan dan peminuman buah delima secara berkala boleh mengurangkan risiko kanser prostat, mati pucuk ataupun atherosclerosis. 
  • Buah delima mengandungi niacin, asid folik, potassium, kalsium, vitamin c, zat besi dan serat yang tinggi yang boleh mengekalkan tahap kesihatan wanita yang sedang mengandung dan membantu perkembangan bayi dalam kandungan.


5. Buah Tin

Antara khasiat buah tin:

  • Anti-bakteria 
  • Membantu penurunan berat badan setaraf dengan manfaat buah epal
  • Mempercepatkan pembentukan sel darah merah (hemoglobin), baik untuk merawat anemia
  • Membantu proses pencernaan dan mengatasi masalah sembelit (susah buang air besar)
  • Mengandung kalium, omega 3 dan omega 6 yang berfungsi menjaga tekanan darah tinggi serta serangan penyakit jantung koroner
  • Mengandungi kalsium setaraf dengan susu untuk mempercepatkan pertumbuhan gigi dan tulang. Boleh digunakan untuk membuat susu bagi menggantikan susu dari sumber haiwan.
  • Membantu melegakan pernapasan dan merawat asthma
  • Membantu mengurangkan risiko darah tinggi
  • Mengandungi coumarin untuk mengurangi risiko kanser prostat 
  • Membantu merawat masalah tidur dan menghindarkan insomnia kerana kandungan trytophan seperti yang terdapat dalam coklat
  • Dapat mengurangi kadar kolesterol dalam darah karena mengandung pektin
  • Mengandung benzaldehid serta fenol yang baik untuk mencegah ketumbuhan atau tumor
  • Kaya dengan serat untuk memperlambatkan penyerapan gula atau glukosa pada usus kecil
  • Boleh mengubati luka. Caranya, masak buah tin yang kering dengan susu hingga mandidih, kemudian apabila sudah sejuk sapukan pada bahagian luka.
  • Boleh merawat jerawat. Caranya, buat pes dari buah tin yang segar dan tempekkan pada kulit muka.
  • Daun tin mengandungi alkaloid dan saponin yang bermanfaat sebagai diuretik serta memperbaiki metabolisme protein dan lemak. Kandungan diuretik ini juga boleh membantu mencair atau mencegah batu karang dalam saluran kencing atau dalam ginjal.


6. Bawang Putih

Antara khasiat bawang putih:

  • Mengandungi allicin yang bertindak sebagai bahan anti-kuman atau anti-bakteria
  • Diiktiraf sebagai herbal/tanaman anti kanser kerana kandungan sulfida alil yang terdapat dalam bawang putih
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi sekitar 7-8% (Sumber : WebMD)
  • Kandungan nutrisi yang sangat baik, terutamanya Vitamin C dan Kalsium serta zat besi, bagi menangkis serangan-serangan penyakit
  • Bermanfaat untuk menurunkan LDL (kolesterol jahat) dalam tubuh sehingga 10-15%
  • Mengandungi antioksidan yang mendukung mekanisme perlindungan tubuh terhadap kerusakan oksidatif (oxidative stress). Kerusakan oksidatif, jika tidak dibendung, boleh membawa kepada penyakit Parkinson, Alzheimer, strok dan sakit jantung.
  • Boleh merawat atau mengurangkan sakit gigi kerana agen anti-bakteria yang ada dalam bawang putih


7. Halia

Antara khasiat halia:

  • Mengandungi dua bahan iaitu gingerol dan shogaol yang mempunyai kesan pengubatan dan
    bertindak sebagai anti inflamasi iaitu mengawal proses radangan. Inflamasi yang kronik boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, arthritis, gout dan kanser.
  • Bahan-bahan gingerol dan shogaol juga boleh bertindak membasmi atau menyekat pertumbuhan dan penyebaran sel-sel kanser prostat, usus, payudara, dan ovari.
  • Membantu merawat penyakit usus yang digelar IBS (irritable bowel syndrome)
  • Merangsang sistem aliran darah, mengurangkan kolesterol dan kepekatan darah, oleh itu mengurangkan risiko serangan jantung dan sakit angin akhmar
  • Teh halia boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah
  • Teh halia juga boleh mengurangkan gejala selsema, kahak dan lendir pada hidung dan saluran pernafasan serta sinus dan mencegah bau mulut
  • Kurangkan ‘angin’ dalam badan, perut dan usus



Raja Superfood


1. Gam Arab

Gam arab diiktirafkan oleh Wikipedia.com sebagai makanan yang paling kaya dengan prebiotik yang
terbaik yang pernah dijumpai, menjangkau 85%. Prebiotik amat penting untuk memastikan bakteria sihat dalam usus (juga dikenali sebagai Probiotik) sentiasa aktif dan subur membiak, dan jumlahnya mengatasi bakteria jahat (Pathogenik). Aktiviti-aktiviti probiotik inilah yang menentukan kesempurnaan proses pencernaan dalam usus dan menghalang bakteria jahat daripada melakukan sebarang kerosakan. Prebiotik (dalam bentuk serat larut) juga amat penting untuk penyerapan viatmin-vitamin dan mineral-mineral dengan lebih sempurna, menstabilkan paras gula dan kolesterol dalam darah dan mengeluarkan toksin dari badan. Jadi gam arab, secara umumnya, membantu membaik-pulih sistem pencernaan dalam usus bagi memastikan proses pencernaan berlaku dengan lebih efisien dan semua vitamin-vitamin dan mineral-mineral penting diserap masuk ke dalam saluran darah manakala toksin dan bahan-bahan buangan lain dikeluarkan dari badan melalui pembuangan najis.

Walau bagaimanapun, pengambilan gam arab sahaja tidak memadai untuk menjana kesihatan yang menyeluruh. Pengambilan makanan-makanan superfood lain seperti yang disenaraikan di atas dan pengurangan makanan-makanan berminyak dan berlemak harus berjalan seiring. 

2. Baobab

Baobab pula sangat kaya dengan antioksidan, mengatasi Acai, buah-buah beri, delima, goji dan sebagainya. Baobab, yang dihasilkan daripada buah baobab yang kering di pokok, juga dinobatkan sebagai superfruit Afrika. Ia sudah lama digunakan oleh orang-orang Afrika (terutama yang tinggal di pedalaman di kawasan di mana terdapat banyaknya pokok baobab) sebagai minuman kesihatan untuk mengubati cirit-birit, demam panas/sejuk, malaria dan jangkitan-jangkitan kuman.

Baobab juga kaya dengan Vitamin C, Kalium, Kalsium, Potassium, Vitamin B Kompleks dan serat larut/ tak larut yang bersifat prebiotik. Pendekata, baobab adalah sejenis makanan yang amat menyeluruh khasiatnya dengan kandungan vitamin-vitamin dan mineral-mineral yang pelbagai.

Gabungan gam arab dan baobab pula menghasilkan satu makanan yang lengkap. Baobab membekalkan vitamin-vitamin dan mineral-mineral penting untuk kesihatan manakala gam arab pula membantu menyempurnakan proses pencernaan bagi menyerap vitamin-vitamin dan mineral-mineral penting ini. Lebih lengkap lagi bila kedua-duanya diambil sekali dengan madu dan jus kurma atau jus delima.

Semoga bermanfaat.

Hebatnya Baobab


Tidak hairanlah mengapa orang barat memanggil Baobab sebagai Raja Makanan. Dengan hanya 1 hidangan Baobab, anda akan mendapat

  • 6x ganda Vitamin C berbanding oren
  • 2x ganda Kalsium berbanding susu
  • 4x ganda Kalium berbanding pisang
  • 20x ganda Antioksidan berbanding blueberry
Bukan itu saja. Baobab juga kaya dengan serat makanan yang penting untuk membantu sistem penghadaman menstabilkan paras gula dan kolesterol dalam darah and mengeluarkan toksin dari badan.

Antara kebaikan-kebaikan atau kegunaan-kegunaan Baobab ialah untuk membantu
  • menurunkan kolesterol jahat
  • merawat ekzema
  • meningkatkan imuniti badan daripada jangkitan-jangkitan kuman
  • awet muda (melalui pemeliharaan kulit)
  • memberi tenaga
  • meningkatkan aktiviti bakteria baik dalam usus
Jadikan Baobab sebagai minuman harian anda mulai hari ini! Ia bukan saja sedap malah menyegarkan. Orang Sudan menjadikan Baobab sebagai minuman utama mereka di bulan Ramadhan.


Gam Arab Menurunkan Kreatinin

Apakah benar Gam Arab boleh menurunkan paras kreatinin dalam darah?

Beberapa kajian menunjukkan pengambilan gam arab boleh menurunkan paras kreatinin dalam darah. Paras kreatinin dalam darah akan naik bila buah pinggang tidak lagi boleh bekerja dengan sempurna untuk memproses kreatinin. Kerosakan buah pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, antaranya ialah tekanan darah tinggi dan kenaikan paras gula dalam darah. Jadi di sini gam arab membantu memulihkan fungsi buah pinggang dan hasilnya boleh dilihat dengan penurunan paras kreatinin dalam darah.

Di bawah ini dipaparkan dua (2) daripada kajian-kajian tersebut yang telah dilakukan bagi menguji keberkesanan gam arab menurunkan paras kreatinin, urea nitrogen dan asid urik dalam darah.

Kajian 1




Dalam kajian yang dibuat oleh Fakulti Perubatan, Jabatan Biokimia dan Nutrisi, Universiti Gezira, Sudan, seperti yang dipamerkan di atas, sekumpulan pesakit buah pinggang kronik (Chronic Renal Failure, CRF) yang sudahpun menjalani rawatan dialisis telah diberikan 50gm gam arab sehari selama 3 bulan berturut-turut. Hasilnya amat menakjubkan. Terdapat penurunan pada paras kreatinin sehingga 12.65%. Bukan itu saja, terdapat juga penurunan pada paras asid urik sehingga 19.9%, penurunan pada paras urea nitrogen darah (Blood Urea Nitrogen, BUN) sehingga 44.18% dan penurunan pada paras fosforus sehingga 22.54%.

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa buah pinggang yang kronik masih boleh dipulihkan oleh gam arab dalam masa sesingkat 3 bulan. Pengambilan gam arab yang berterusan sudah tentu akan dapat memberi kesan yang jauh lebih baik dan dapat membantu pesakit mengurangkan kekerapan rawatan dialisis mereka.

Sila rujuk artikel ini, Apa Itu Kreatinin, bagi mengetahui lebih lanjut tentang kaitan kreatinin dengan fungsi buah pinggang.

Sebagaimana yang diterangkan dalam artikel tersebut, kenaikan paras kreatinin dan BUN dalam darah adalah petunjuk tepat tentang kerosakan buah pinggang. Jadi bila terdapat penurunan pada kedua-dua petunjuk ini seperti yang berlaku dalam kajian di atas, sudah tentu ini menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah dapat dipulihkan oleh gam arab sedikit sebanyak.

Kajian 2




Dalam satu kajian lain yang dilakukan oleh Universiti Sains dan Teknologi, Khartoum, Sudan, seperti yang ditunjukkan di atas, pengambilan gam arab berterusan selama 6 minggu hingga ke 18 minggu memberi banyak manfaat kesihatan. Perubahan-perubahan positif yang utama ialah penurunan pada paras kreatinin, asid urik dan BUN dalam semua kes. Perubahan boleh diperolehi seawal 6 minggu. Perubahan yang paling ketara, iaitu penurunan paras kreatinin sehingga 84%, dikesan pada kumpulan pesakit hipertensi setelah mereka diberi gam arab selama 12 minggu.

Kesimpulan


Jelas daripada 2 kajian ini bahawa gam arab sangat efektif untuk menurunkan paras kreatinin dalam darah. Gam arab juga pada masa yang sama berkesan menurunkan paras BUN dan asid urik. Kreatinin, BUN dan asid urik adalah petunjuk penting mengenai tahap kesihatan seseorang. Bila paras kreatinin dan BUN dalam darah tinggi, ini bermakna ada masalah dengan buah pinggang. Bila asid urik tinggi, ini akan menyebabkan keradangan pada sendi-sendi yang dikenali sebagai gout.


Khasiat Gum Arabic Al-Manna (Video)

Ikutilah kebaikan gum arabic dan bagaimana gum arabic dihasilkan dan diproses di Sudan sebagaimana yang disiarkan dalam TV Al Hijrah